Jan
06
2009
Today

Login Form






Lost Password?
Register For Free now
Apa itu Borang SPA8 E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 06 August 2008

Borang SPA8 ialah borang yang wajib diisi untuk memohon kerja di sektor awam. Anda boleh memperolehi salinan asal borang tersebut dengan membelinya di kebanyakan Pejabat Pos. Borang SPA8 berharga RM5 dan terdapat buku panduan mengisi borang.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan jawatan kosong kerajaan dalam talian terus melalui portal SPA (Surunhanjaya Perkhidmatan Awam). Anda perlu menghantar borang permohonan kepada :

Setiausaha,

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,

Aras 6 - 10 Blok C7, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62520 PUTRAJAYA.

Setelah anda menghantar borang SPA8, anda telah diandaikan sebagai calon yang telah berdaftar. Jika terdapat kekosongan jawatan kerajaan yang terdapat di dalam sektor yang anda memohon, anda akan dihubungi dan sesi temuduga akan diaturkan. Sila ambil perhatian bahawa setelah anda mendaftarkan permohonan anda melalui borang SPA8, pengumuman atau pemberitahuan akan jawapan akan diberitahu melalui surat pos daripada SPA. Sebarang sesi temuduga juga akan diberitahu melalui surat pos. Status permohonan anda akan diberitahu sama ada anda Berjaya, gagal atau masih di dalam pemerhatian.

Jika anda dipanggil untuk temuduga dan gagal untuk menghadirkan diri, anda tidak akan disenaraikan lagi untuk sesi temuduga untuk 3 tahun yang akan dating untuk jawatan tesebut dan tambahan 1 tahun untuk jawatan kosong kerajaan tertentu. Namun syarat ini tidak bersesuaian dengan jawatan : Pegawai Perubatan, Pergigian dan Pegawai Farmasi.

Last Updated ( Saturday, 30 August 2008 )
 
< Prev   Next >