You are here:

Peringatan Semasa Mengisi Borang SPA8

Pastikan anda mengisi borang SPA8 jika anda betul-betul berminat untuk memohon sebarang jawatan kosong yang terdapat di dalam perkhidmatan awam. Maklumat berkaitan yang diisi haruslah betul dan tepat. Jika anda mengisi maklumat palsu atau tidak tepat, anda akan disenaraihitamkan dan tinfdakan undang-undang boleh dikenakan ke atas anda.

Anda boleh memohon sehingga 10 jawatan menggunakan satu borang SPA8. Calon yang telah memenuhi syarat dan kriteria dan akan akan disenaraipendekkan dan akan dipanggil untuk temuduga apabila terdapat kekosongan jawatan.

Borang yang siap akan diproses dan didaftarkan dengan Bank Data Berkomputer SPA. Selepas itu SPA akan mengeluarkan Surat Akuan Pendaftaran kepada calon berdaftar. Jika anda menghantar permohonan anda melalui talian, anda juga dapat menyemak status permohonan anda melalui portal SPA selepas 3 hari bekerja dari tarikh pendaftaran anda. Anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad anda.

Semua permohonan yang dibuat melaui borang SPA8 hanya sah dalam tempoh 1 tahun dan kemudiannya anda perlu menghantar lagi borang yang baru. Anda digalakkan untuk mengikuti perkembangan di dalam tempoh setahun tersebut di mana anda perlu menghantar semula permohonan anda selepas itu untuk mengemaskini rekod anda.

Back to Top