You are here:

Panduan Mengisi Borang SPA8 Dalam Talian

Mula dengan memilih kelayakan tertinggi anda pada sebelah kiri muka surat. Ini akan menentukan jawatan dan skala gaji jawatan yang anda mohon.

Borang akan muncul selepas anda menaip masuk nombor Kad Pengenalan anda (yang baru dan yang lama) ataupun hanya no kad pengenalan yang baru jika anda tidak mempunyai yang lama.

Anda kemudianya perlu mengisi kekosongan yang anda inginkan di ruang Jawatan 1. Anda juga boleh terus mengisi ruang Jawatan 2 hingga Jawatan 10. Pilihan anda tidak boleh berulang.

Berikut adalah ruang yang wajib diisi.

·         pusat temu duga/ujian dipilih,

·         nama pemohon,

·         tarikh lahir,

·         negeri tempat lahir,

·         jantina,

·         taraf perkahwinan,

·         keturunan,

·         agama,

·         kewarganegaraan,

·         tempat lahir ibu,

·         tempat lahir bapa,

·         alamat surat-menyurat

 

Bagi yang kurang upaya, anda perlu mengisi ruang pada Kecacatan.

Anda juga perlu mengisi ruang Keputusan Bahasa Melayu Tingkatan 5 bagi pemohon yang mempunyai ijazah, diploma, SRP dan kategori Bakat.

Bagi pemohon yang di dalam kategori SPM, anda perlu mengisi semua di dalam keputusan Tingkatan 5.

Bagi Kelulusan Pengajian Tinggi (Ijazah/Diploma/Sijil and telah diperolehi), anda perlu mengisi semua maklumat di dalam permohonan. Lepasan university tempatan perlu mengisi ruang Universiti Tempatan manakala lepasan universiti luar negara mengisi ruang yang bertentangan. Jika anda tidak pasti tarikh tamat pengajian, masukkan tarikh konvokesyen.

Bagi pemohon di dalam kategori Diploma/STP/STPM/HSC anda perlu mengisi ruangKeputusan Peperiksaan Tingkatan 6 manakala bagi pemohon Diploma, anda perlu mengisi ruang Kelulusan Pengajian Tinggi.

Anda perlu memastikan segala maklumat yang diisi adalah betul dan tepat.

Setelah anda siap mengisi semua maklumat yang diperlukan, klik pada butang HANTAR. Jika tidak terdapat sebarang kesilapan, mesej yang menyatakan ‘Permohonan anda telah didaftarkan’ akan dipaparkan.

Back to Top