You are here:

GUIDE ON APPLYING THROUGH INTERNET – BORANG SPA 8

Peringatan
1. Pemohon yang mengisi borang SPA 8i hanyalah mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan-jawatan Awam di Malaysia.
2. Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi dalam Borang SPA 8i. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan Undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
Keterangan Am
1. Pemohon boleh memohon sehingga sepuluh (10) jawatan/latihan dengan menggunakan satu borang sahaja. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temu duga apabila ada kekosongan.
2. Permohonan yang lengkap akan diproses dan didaftarkan dalam Bank Data Berkomputer SPA. SPA akan mengeluarkan Surat Akuan Pendaftaran kepada calon setelah permohonan didaftarkan. Pemohon yang memohon melalui laman web SPA juga boleh menyemak di status permohonan di laman web SPA setelah 3 hari bekerja dengan menaipkan no Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan.
3. TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh permohonan didaftarkan oleh SPA. Selepas tamat tempoh sah laku, sekiranya masih berminat berdaftar dengan SPA, calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi borang SPA 8 Pin. 1/2002 atau melalui laman web SPA.
4. Calon-calon yang ingin meminda alamat surat-menyurat dan/atau pusat temu duga/pusat ujian khas yang dipilih boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat kepada SPA atau melalui email. Surat tersebut hendaklah menyatakan nama, no. kad pengenalan dan tujuannya. Calon-calon yang ingin meminda maklumat lain hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi borang SPA 8 atau SPA 8i.
5. Pemohon dinasihatkan untuk menghantar sekali sahaja permohonan kepada SPA sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun SPA 8i dalam jangka masa setahun. Perbuatan mengulangi penghantaran permohonan akan menyebabkan maklumat anda (termasuk jawatan yang dipohon) sentiasa diperbaharui, manakala perbuatan mengulangi permohonan berulang-ulang kali berturut-turut boleh memungkinkan anda tidak akan dipanggil temu duga dalam jangka waktu yang lama.
Arahan mengisi borang SPA 8i (melalui laman web)
1. Mulakan dengan memilih butang bagi kelayakan sijil tertinggi anda iaitu sama ada Ijazah/Sarjana/Phd, Ijazah & Diploma Atau Ijazah & STPM, Diploma/Sijil, STPM/HSC, SPM/SRP/PMR/LCE atau Bakat dan Seni (apa-apa kelayakan). Butang-butang pilihan ini  akan menentukan jawatan-jawatan yang anda layak memohon.
2. Muka surat borang akan terpapar. Sila isikan Nombor Kad Pengenalan anda iaitu kedua-dua nombor kad pengenalan baru dan lama. Bagi calon-calon yang tidak mempunyai salah satu kad pengenalan tersebut, mereka wajib mengisi salah satu daripada mana-mana kad pengenalan yang mereka ada.
3. Anda wajib memilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. Anda dibolehkan untuk memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 10 dan jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang.
4. Ruangan pusat temu duga/ujian dipilih, nama pemohon, tarikh lahir, negeri tempat lahir, jantina, taraf perkahwinan, keturunan, agama, kewarganegaraan, tempat lahir ibu, tempat lahir bapa dan alamat surat-menyurat adalah wajib dipenuhi oleh setiap pemohon.
5. Bagi calon yang istimewa, anda dikehendaki mengisi ruang kecacatan.
6. Keputusan bahasa Melayu Tingkatan 5 wajib diisi oleh calon kelayakan ijazah, diploma, SRP dan Bakat. Manakala calon kelayakan SPM diwajibkan mengisi kesemua butir-butir Keputusan Tingkatan 5 (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM).
7. Kesemua ruangan Kelulusan Pengajian Tinggi (Ijazah/Diploma/Sijil yang telah diperolehi)diwajibkan untuk diisi oleh calon-calon yang telah memperolehi Ijazah tersebut. Calon yang belajar di institusi dalam negara mengisi di ruangan Universiti tempatan dan calon bekas pelajar di institusi luar negara adalah sebaliknya. Sekiranya calon tidak dapat mengenalpasti tarikh lulus pengajian anda, sila isikan tarikh konvokesyen anda. 
8. Sekiranya hanya satu Ijazah yang telah diperolehi, anda dikehendaki hanya mengisi satu sahaja ruang sahaja. Begitulah seterusnya. Anda tidak dibenarkan mengulangi maklumat kerana ini akan memungkinkan proses permohonan anda terjejas.
9. Bagi calon-calon memilih butang Diploma/STP/STPM/HSC pada permulaan pemilihan borang, anda hendaklah mengisi ruang Keputusan Peperiksaan Tingkatan 6 bagi mereka yang telah menduduki peperiksaan tersebut. Manakala calon-calon berkelulusan Diploma hendaklah mengisi pada ruangKelulusan Pengajian Tinggi.
10. Calon-calon dikehendaki mengisi ruangan-ruangan lain sekiranya berkenaan.
11. Pastikan ruangan-ruangan yang diisi adalah tepat dan betul. Segala maklumat yang dihantar adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.
12. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan borang anda tidak akan diproses.
13. Paparan ucapan ‘Permohonan anda telah didaftarkan’ akan terpapar jika maklumat anda tiada kesilapan.
14. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
Dapatkan info untuk kerja kosong di bahagian kerajaan - Jawatan Kosong Kerajaancommunity
Jawatan Kosong Risda
jawatan Kosong PDRM
Jawatan Kosong Felda
- Dan banyak lagi

Back to Top