You are here:

Borang Spa8 – BM

You may contact SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA for job vacancy to pursue your career at the address below:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036

BELI BORANG SPA 8

Borang SPA 8 Pin 1/2005 dan buku panduan ada dijual di tempat-tempat berikut dengan menggunakan wang pos RM5.00 atas nama SETIAUSAHA, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA dan hantar kepada:-

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pengurusan, Aras 9, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Urus Setia Cawangan Sabah, Aras 1, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan UMS/Sulaman, Likas,
88450 KOTA KINABALU SABAH.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Urus Setia Cawangan Sarawak,
Tingkat 10 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93520 KUCHING SARAWAK.

Semua Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Semenanjung, Semua Jabatan Tenaga Rakyat Negeri/Daerah.

Pemohon-pemohon juga boleh mendapati Borang SPA 8 Pin 1/2005 berserta dengan buku panduan untuk mengisinya dan maklumat jawatan kosong atau latihan dalam satu pakej melalui pos dengan cara menulis berserta wang POS RM5 dan ditulis atas nama Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11inci x 16inci atau (28cm x 40cm) berstem RM3.50 dari pejabat-pejabat yang tersebut di atas.

ATAU 
Borang SPA 8 Pindaan 1/2005 yang berharga RM5 tunai juga boleh didapati secara terus di :
Pusat Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-26988334

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Parcel C, Blok C7, Lobi Aras 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA
Tel: 03-88856000

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan UMS/Sulaman, Likas,
88450 Kota Kinabalu,
SABAH
Tel: 088 488922 Fax: 088 488920

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 10 Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93520 Kuching SARAWAK
Tel: 082-240011

Tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun (1) dari tarikh permohonan didaftarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Setelah tamat tempoh sah laku, sekiranya masih berminat berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, calon-calon (bukan Kakitangan Kerajaan) hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi borang SPA 8 Pindaan 1/2005.

Bagi kakitangan Kerajaan yang memohon melalui Jabatan (MJ), tidak perlu mengisi borang SPA 8 setelah tamat tempoh satu (1) tahun, tetapi hanya perlu menulis surat (untuk dikemaskini permohonan) dengan menyatakan nama, no kad pengenalan dan nyatakan bahawa calon/pemohon masih berminat berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila kirimkan surat anda kepada:-

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pengambilan Khas,
Aras 7, Blok C7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.

PINDAAN BORANG

Calon-calon yang ingin meminda informasi(alamat surat-menyurat dan/atau pusat temu duga/pusat ujian Khas/No Kad Pengenalan/Kelayakan Pusat Pengajian Tinggi) boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan melalui email kecuali pindaan untuk Kelayakan Pusat Pengajian Tinggi hendaklan menghantar salinan dengan menulis surat and dikirim kepada kepada:-

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pengambilan Khas,
Aras 7, Blok C7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.

Surat anda hendaklah menyatakan nama, no kad pengenalan dan tujuannya. Walau bagaimana pun calon-calon yang ingin meminda maklumat lain hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi borang SPA 8 Pin. 1/2005.


 

Please be informed that we are not responsible for any losses for the information provided from this website. Copyright 2000-2007. All Rights Reserved.

Banyak Kerja kosong boleh didapati di Jawatan Kosong Online.
Pendaftaran percuma untuk pencari kerja. Bamyak Jawatan kosong swasta. Klik sini untuk Portal Jawatan Kosong

Back to Top