| Peringatan
|
| 1. |
Pemohon yang
mengisi borang SPA 8i hanyalah mereka yang benar-benar ingin mengisi
kekosongan jawatan-jawatan Awam di Malaysia. |
| |
|
| 2. |
Pastikan
maklumat yang benar sahaja diisi dalam Borang SPA 8i. Pemohon yang
mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan
dan boleh diambil tindakan Undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta
Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
|
| |
|
| Keterangan Am |
| 1. |
Pemohon boleh memohon sehingga sepuluh (10) jawatan/latihan
dengan menggunakan satu borang sahaja. Pemohon yang memenuhi syarat
kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temu
duga apabila ada kekosongan.
|
| |
|
| 2. |
Permohonan
yang lengkap akan diproses dan didaftarkan dalam Bank Data
Berkomputer SPA. SPA akan mengeluarkan Surat Akuan
Pendaftaran kepada calon setelah permohonan didaftarkan. Pemohon yang memohon melalui laman web SPA juga boleh
menyemak di status permohonan di laman web SPA setelah 3 hari
bekerja dengan menaipkan no Kad Pengenalan di ruangan yang
disediakan.
|
| |
|
| 3. |
TEMPOH SAH LAKU
permohonan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh permohonan
didaftarkan oleh SPA. Selepas tamat tempoh sah laku, sekiranya masih
berminat berdaftar dengan SPA, calon-calon hendaklah mengemukakan
permohonan baru dengan mengisi borang SPA 8 Pin. 1/2002 atau melalui
laman web SPA.
|
| |
|
| 4. |
Calon-calon yang
ingin meminda alamat surat-menyurat dan/atau pusat temu duga/pusat ujian khas yang dipilih boleh mengemukakan permohonan
dengan menulis surat kepada SPA atau melalui email. Surat tersebut
hendaklah menyatakan nama, no. kad pengenalan dan tujuannya. Calon-calon
yang ingin meminda maklumat lain hendaklah mengemukakan permohonan baru
dengan mengisi borang SPA 8 atau SPA 8i.
|
| |
|
| 5. |
Pemohon dinasihatkan untuk menghantar sekali sahaja permohonan
kepada SPA sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun SPA 8i dalam jangka masa
setahun. Perbuatan mengulangi penghantaran permohonan akan menyebabkan
maklumat anda (termasuk jawatan yang dipohon) sentiasa diperbaharui,
manakala perbuatan mengulangi permohonan berulang-ulang kali
berturut-turut boleh memungkinkan anda tidak akan dipanggil temu duga
dalam jangka waktu yang lama.
|
| |
|
| Arahan mengisi borang SPA 8i (melalui
laman web)
|
| 1. |
Mulakan dengan memilih butang bagi kelayakan sijil tertinggi
anda iaitu sama ada
Ijazah/Sarjana/Phd,
Ijazah & Diploma Atau Ijazah & STPM,
Diploma/Sijil,
STPM/HSC,
SPM/SRP/PMR/LCE
atau
Bakat dan Seni (apa-apa kelayakan).
Butang-butang pilihan ini akan menentukan jawatan-jawatan yang anda
layak memohon.
|
| |
|
| 2. |
Muka surat borang akan terpapar. Sila isikan Nombor Kad
Pengenalan anda iaitu kedua-dua nombor kad pengenalan baru dan lama.
Bagi calon-calon yang tidak mempunyai salah satu kad pengenalan tersebut,
mereka wajib mengisi salah satu daripada mana-mana kad pengenalan yang
mereka ada.
|
| |
|
| 3. |
Anda wajib
memilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. Anda dibolehkan untuk
memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 10 dan jawatan yang anda pilih
hendaklah tidak berulang.
|
| |
|
| 4. |
Ruangan pusat temu duga/ujian dipilih, nama pemohon, tarikh
lahir, negeri tempat lahir, jantina, taraf perkahwinan, keturunan, agama,
kewarganegaraan, tempat lahir ibu, tempat lahir bapa dan alamat
surat-menyurat adalah wajib dipenuhi oleh setiap pemohon.
|
| |
|
| 5. |
Bagi calon
yang istimewa, anda dikehendaki mengisi ruang
kecacatan.
|
| |
|
| 6. |
Keputusan bahasa Melayu Tingkatan 5 wajib diisi oleh
calon kelayakan ijazah, diploma, SRP dan Bakat. Manakala calon kelayakan
SPM diwajibkan mengisi kesemua butir-butir Keputusan Tingkatan 5
(SPM/MCE/SPM(V)/SPVM).
|
| |
|
| 7. |
Kesemua ruangan Kelulusan Pengajian
Tinggi (Ijazah/Diploma/Sijil yang telah diperolehi) diwajibkan untuk
diisi oleh calon-calon yang telah memperolehi Ijazah tersebut.
Calon yang belajar di institusi dalam negara mengisi di ruangan Universiti
tempatan dan calon bekas pelajar di institusi luar negara adalah
sebaliknya. Sekiranya calon tidak dapat mengenalpasti tarikh lulus
pengajian anda, sila isikan tarikh konvokesyen anda.
|
| |
|
| 8. |
Sekiranya hanya satu Ijazah yang telah diperolehi, anda
dikehendaki hanya mengisi satu sahaja ruang sahaja. Begitulah seterusnya.
Anda tidak dibenarkan mengulangi maklumat kerana ini akan memungkinkan
proses permohonan anda terjejas. |
| |
|
| 9. |
Bagi calon-calon memilih butang Diploma/STP/STPM/HSC pada
permulaan pemilihan borang, anda hendaklah mengisi ruang Keputusan
Peperiksaan Tingkatan 6 bagi mereka yang telah menduduki peperiksaan
tersebut. Manakala calon-calon berkelulusan Diploma hendaklah mengisi pada
ruang Kelulusan Pengajian Tinggi.
|
| |
|
| 10. |
Calon-calon dikehendaki mengisi ruangan-ruangan lain sekiranya
berkenaan. |
| |
|
| 11. |
Pastikan ruangan-ruangan yang diisi adalah tepat dan betul.
Segala maklumat yang dihantar adalah di bawah tanggungjawab anda
sendiri.
|
| |
|
| 12. |
Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat
yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan
langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan borang anda tidak
akan diproses.
|
| |
|
| 13. |
Paparan ucapan 'Permohonan anda telah didaftarkan' akan
terpapar jika maklumat anda tiada kesilapan. |
| |
|
| 14. |
Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat
borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan
penghantaran.
|
| |
|
Dapatkan info untuk kerja kosong di bahagian kerajaan - Jawatan Kosong Kerajaan community
- Jawatan Kosong Risda
- jawatan Kosong PDRM
- Jawatan Kosong Felda
- Dan banyak lagi
|
| |
Banyak Kerja kosong swasta boleh didapati di Portal Jawatan Kosong Online.
Pendaftaran percuma untuk pencari kerja dan majikan. Banyak kerja kosong di bahagian swasta. Klik sini untuk Portal Jawatan Kosong Online |